Monday, February 28, 2011

Dato Sri Mohd Ali Rustam Memberi Peringatan Kepada Kaum India Dan Cina...!!!




Sunggu  panas di Merlimau sampaikan terasa kepada PAS yang kini tidak tentu arah mencari point2 untuk mematahkan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasinal (BN).

Malam tadi semasa kami dalam perjalanan balik dari Kampung Chenderah Jasin Man Laksa terserempak dengan satu majlis ditepi jalan ada satu rumah di kelilingi pokok kelapa swait, rupanay Dato Sri Mohd Ali Rustam sedang memberi ucapan kepada pnduduk disitu.


Rata2 yang hadir pada majlis tersebut dikalangan perkerja ladag kelapa sawit yang terdiri dari kaum India dan  cina. Dato Sri Mohd Ali Rustam menceritakan kembali apa yang telah dilakukan oleh DAP Melaka kepada penduduk di negeri itu dimana DAP mengatakan ada rakyat melaka tidak makan, dimana rakyat Melaka yang tidak makan sedangkan rakyat di negeri Melaka tiada mendapat status miskin tegar dan Melaka telah menjadi negeri yang maju berbanding dengan kelantan

DAP sepatutnya sudah tahu bahawa Melaka telah membangun dengan pesat smenjak 10 tahun Dato Mohd Ali Rustam memegang jawatan Menteri Besar Melaka berbanding MB Kelantan yang diterajui oleh Tok Guru Nik Aziz Nikmat yang menjadi MB selama 20 tahun tetapi tiada apa2 perubahn yang berlaku di kelantan.



Jalinanan Mesra Rakyat Bersama SPNB

Majlis Jalinan Mesra Rakyat dan Penyerahan Rumah Mesra Rakyat SPNB telah berlangsung di Mukim ChinChin, Jasin Melaka.

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.








APAKAH ITU TUKAR ???



TUKAR

MESIN KIRA-KIRA AUTOMATIK

TUKAR ataupun namanya Transformasi Kedai Runcit.ini lah program terbaru dari kerajaan malaysia untuk membantu rakyat malaysia yang ada kedai runcit.ini adalah usahasama dari Kementerian Perdagangan (KPDN) dan Hypermarket seluruh Malaysia.KPDN telah memulakan kerjasama dengan Mydin malaysia sebagai langkah pertama.


PEMILIK KEDAI RUNCIT MAZNAH GEMILANG ENTERPRISE ENCIK MAHMUD DAN PUAN MAZNAH




pengusaha kedai runcit yang ada tidak perlu lagi bimbang untuk membawa dokumen atau membayar pendahuluan kerana,semua ini akan di uruskan KPDN dan Mydin,tak perlu lagi menyerahkan dokumen untuk mendaftar,hanya isi borang sahaja.semua pengusaha kedai runcit akan diberi pinjaman sebanyak rm20 ribu ke rm60 ribu.untuk barang-barang runcit pula peniaga tidak perlu risau kerana kesemua ini di uruskan oleh Mydin.jadi,selepas ini kedai runcit akan menjadi seperti Hypermarket seperti 7 eleven.semua barang runcit yang di beri oleh Mydin,barang runcit itu juga adalah fast selling ataupun barang yang laku untuk di jual oleh peniaga,harga-harga lebih murah jauh dari pasaran.barang-barang runcit juga akan lebih sistematic dan barang-barang runcit akan lebih teratur,yang lebih hebat lagi,peniaga akan mendapat mesin kira-kira automatic.tak perlu lagi pening-pening untuk menggunakan calculator.hanya scan sahaja kode dan harga akan keluar.


PEMILIK KEDAI RUNCIT PASAR MINI PUAN FRANCISCA



untuk barang-barang pula pihak Mydin akan salurkan dan semua pekerja Mydin akan bekerja siang dan malam untuk menukar semua barang dalaman seperti rak,peti ais dan macam-macam lagi dan kedai runcit akan di tukar seperti baru dalam masa 2 hari ke 4 hari.untuk membayar pula hanya 900 sebulan sehingga 7 tahun.KPDN menjangkakan menjelang akhir tahun ini 500 kedai runcit di seluruh malaysia akan menjadi Hypermarket.kepada peniaga yang ingin TUKAR kan kedai runcit menjadi Hypermarket,anda boleh apply ke pejabat KPDN untuk maklumat lanjut.

Majlis Anugerah Rawaran Baru Kepada Pengetua dan Guru Besar Bidang Keberhasilan Utama Negera (NKRA) Pendidikan

Majlis Anugerah Tawaran Baru Kepada Pengetua dan Guru Besar Bidang Keberhasilan Utama Negera (NKRA) Pendidikan ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Menteri Pelajajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin, Merlimau Melaka.












Program Ceramah Perdana Kempen Pilihanraya Parti IPF

Parti PF telah mengadakan Ceramah Perdan Kempen Pilihanraya bersama JASA di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Taman Mayang Ayer Merbau.



Antara penceramahnya ialah Saudara Lokman bin Adam, EXCO Pemuda Malaysia.


 Antara ahli IPF yang hadir

Sekitar Hari Berkempen-Walkabout di Pekan Merlimau

Roslan bin Ahmad mula berkempen dan berjumpa dengan orang ramai sekitar Pekan Merlimau


Calon BN bermesra dengan orang ramai...



Mencuba melapah daging di Pasar Tani.




Sunday, February 27, 2011

Sukan Rakyat di Dataran Bilik Gerakan BN Lipat Kajang

Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan sukan rakyat di Dataran  Bilik Gerakan BN Lipat Kajang. Program ini telah dirasmikan oleh saudara Zaidi bin Attan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin.

Sukan Rakyat yang telah dipertandingkan ialah Dam Aji dan Congkak.

Kata-kata aluan dan perasmian oleh Zaidi Attan, Ketua Pemuda Bahagian Jasin.

Simbolik perasmian program sukan rakyat telah disempurnakan oleh En. Zaidi Attan.

Antara Peserta yang mengambil bahagian