Thursday, February 10, 2011

MCA MELAKA : SESI PENERANGAN DI MERLIMAU

Ketua Menteri Melaka bersama-sama Ketua MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo &
SU MCA Melaka Datuk Koh Nai Kwong ketika di temuramah wartawan RTM di Merlimau


Pada 8hb. Februari 2011, Setiausaha MCA Negeri Melaka, Datuk Koh Nai Kwong, pengerusi MCA Bahagian Jasin, Sdr Koh Chin Han, Ketua Biro Guaman MCA Negeri Melaka Sdri.Ng Miow Hia, diiringi oleh ahli-ahli jawatankuasa Biro Guaman MCA Negeri Melaka Sdr Lim Ban Hong dan Sdr Eric Choo Wei Sern dan ahli-ahli jawatankuasa MCA Bahagian Jasin telah mengadakan dialog di Kedai Kopi Chuan Nam di Pekan Merlimau untuk membantu dan menerangkan kepada pemilik-pemilik tanah-tanah kedai-kedai lama Pekan Merlimau proses permohonan untuk pembaharuan pajakan tanah. 

Terdapat lebih kurang 24 pemilik yang hadir di mana salah sebidang tanah adalah untuk kegunaan gereja Methodist Church Merlimau. Permohonan akan dibuat dalam minggu ini.

Datuk Koh Nai Kwong juga menerangkan bahawa proses membantu orang ramai memperbaharui pajakan tanah di bawah 30 tahun kepada 99 tahun bukanlah dibuat oleh kerana pilihanraya kecil Merlimau yang akan datang. Sebaliknya, kerja memperbaharui pajakan tanah ini telah lama dimulakan di kawasan-kawasan lain seperti Machap Baru sebelum Biro Guaman MCA Negeri Melaka datang ke Merlimau untuk membantu pemilik-pemilik tanah Merlimau. Bantuan ini juga adalah sejajar dengan polisi kerajaan Negeri Melaka yang dipimpin oleh Ketua Menteri Negeri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bahawa tanah-tanah yang masih mempunyai pajakan kurang daripada 30 tahun adalah sesuai dan dibenarkan untuk diperbaharui.





Nota: Dialog seterus Biro Guaman MCA Negeri Melaka akan diadakan di Kampung Kongsai, Ayer Merbau pada jam 2 tengah hari 11hb. Feb. 2011.


2 comments:

  1. Berita dalam Bahasa Cina di Sinchew online: http://mykampung.sinchew.com.my/node/131141?tid=8

    ReplyDelete
  2. Kami menyediakan 3 buah rumah sewa dan 1 Hostel Sempena PRK DUN Merlimau Untuk 14 Feb-8 Mac. Hubungi segera 0123736548 / 0136042525 / 06-5293031 @ http://jasinhomestay.blogspot.com/

    ReplyDelete